Thursday, October 22, 2009

SEJADAH SOLAT DI SURAU

KUALA LUMPUR - Kejadian sejadah berdiri terus berlaku semalam dan kali ini di Kedah dan Pulau Pinang selain kejadian sama berulang di Kelantan.
Di Alor Setar, tiga helai sejadah dilihat dalam keadaan bersembahyang berjemaah di ruang solat lelaki Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan.Kejadian itu disedari seorang kanak-kanak, Nur Zulaikha Rashid, 9, pada pukul 3.15 petang.Imam surau, Mat Rotim Mat Hussain, 70, memberitahu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh penduduk, dia terus ke surau dan terkejut melihat sejadah berdiri.Katanya, dia meninggalkan surau selepas solat Zuhur pada pukul 2 petang dan tiada perkara pelik berlaku ketika itu.Zulaikha pula memberitahu, dia ternampak sejadah berdiri melalui tingkap surau ketika melintasi surau untuk pergi mengaji al-Quran di rumah seorang penduduk.
Di Bukit Mertajam pula, empat helai sejadah didakwa berada dalam keadaan sedang bersolat di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat.Ia kejadian kedua selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Haji Mohamad Amin, Permatang Pauh bulan lalu.
Seorang saksi, Asni Ahmad, 49, memberitahu, kejadian itu disedari pada pukul 4.30 petang ketika dia bersama beberapa penduduk kampung masuk ke surau untuk menunaikan solat Asar.Jelasnya, ketika pintu surau dibuka, mereka terkejut melihat empat helai sejadah berdiri berhampiran mimbar menghadap kiblat.
Di Kota Bharu, kejadian kelmarin berlaku lagi di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang dan tiga lagi tempat iaitu Maahad Ar-Rahmah Kenali di Kubang Kerian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK) semalam.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi, penduduk Kampung Gual Pasung Hantu gempar apabila sembilan helai sejadah dilihat seperti orang sedang solat berjemaah dalam keadaan duduk antara dua sujud.Kejadian tersebut disedari oleh seorang kanak-kanak, Mohd. Iqbal Ismail, 5, yang sedang bermain berhampiran surau itu.
PERMATANG PAUH-Belum reda dengan kes sejadah bersolat berjemaah di Kelantan,kini muncul pula kes terkini di Permatang pauh.Sejadah bersolat secara berjemaah diEn Wazir seorang peniaga dihadapan surau yang bertentangan dengan sekolah kebangsaan katakan berlaku setibanya jemaah untuk solat asar petang tadi(sebentar tadi waktu solat).
Menurut Tanah Liat,beliau dan beberapa jemaah lain yang hendak solat asar terkejut.Surau memang berkunci dan tiada sesiapa pun masuk kerana saya memang berada di hadapan suarau ini berniaga.Apabila tok siak ingin membuka pintu dan saya berada sekali untuk masuk,kami melihat sejah seperti ini.Terdapat sejadah yang menjadi "imam" mempunyai tasbih.Tasbih ditinggalkan imam selepas solat dan menunjukkan seolah-olah berzikir.





Tuesday, October 20, 2009

Sunday, October 18, 2009

Windows 7 bakal selamatkan Vista

Ahad, 18 Oktober 2009
Berita Harian
SAN FRANCISCO: Microsoft akan melancarkan Windows 7 Khamis depan sebagai langkah pemulihan gergasi perisian Amerika Syarikat (AS) itu, selepas pengenalan sistem operasi generasi sebelumnya, Vista, yang dianggap memalukan. "Ia adalah pelancaran yang penting bagi Microsoft. Windows Vista adalah satu kegagalan," kata penganalisis Kumpulan Enderle, Rob Enderle di Lembah Silikon, susulan pelancaran Windows7 tidak lama lagi. Antara ciri menarik yang dimiliki Windows Vista termasuk mengetengahkan kelengkapan pintar yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain iaitu komputer, televisyen, radio dan bingkai gambar digital. Platform terkini Microsoft itu juga membolehkan pengguna merakam program televisyen ke komputer dan menonton rancangan yang dikehendaki dengan menggunakan mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet menerusi perkhidmatan Live Microsoft. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan sesentuh skrin. - AFP

Friday, October 16, 2009