Ahad, 18 Oktober 2009
Berita Harian
SAN FRANCISCO: Microsoft akan melancarkan Windows 7 Khamis depan sebagai langkah pemulihan gergasi perisian Amerika Syarikat (AS) itu, selepas pengenalan sistem operasi generasi sebelumnya, Vista, yang dianggap memalukan. "Ia adalah pelancaran yang penting bagi Microsoft. Windows Vista adalah satu kegagalan," kata penganalisis Kumpulan Enderle, Rob Enderle di Lembah Silikon, susulan pelancaran Windows7 tidak lama lagi. Antara ciri menarik yang dimiliki Windows Vista termasuk mengetengahkan kelengkapan pintar yang mampu berkomunikasi antara satu sama lain iaitu komputer, televisyen, radio dan bingkai gambar digital. Platform terkini Microsoft itu juga membolehkan pengguna merakam program televisyen ke komputer dan menonton rancangan yang dikehendaki dengan menggunakan mana-mana komputer yang disambungkan ke Internet menerusi perkhidmatan Live Microsoft. Ia juga dilengkapi dengan keupayaan sesentuh skrin. - AFP
Sunday, October 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment