Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Ratusan penduduk gempar apabila muncul ‘toyol’ berambut keriting yang mempunyai kemahiran memanjat dinding rumah sebelum menceroboh masuk melalui bumbung kediaman untuk melarikan wang milik penghuni rumah ketika Maghrib.Suspek berseluar pendek itu didakwa cukup berani apabila menceroboh ke dalam rumah walaupun ketika itu mangsa di rumah.Pengerusi Rukun tetangga Taman Pinggiran USJ1, Badleesham Zainal Abdin, berkata, tindakan licik suspek dibongkar selepas seorang penduduk merakamkan gelagatnya melalui kamera litar tersembunyi (CCTV) yang dipasang di belakang rumahnya.Menurutnya, suspek yang dipercayai warga Indonesia dikesan melakukan jenayah pecah rumah berturut-turut dengan mensasarkan empat rumah penduduk di jalan 1/6 dan 1/7, Taman Pen antara jam 7.10 malam hingga 8 malam semalam.“Berdasarkan rakaman CCTV berkenaan, suspek dilihat memanjat rumah teres dua tingkat penduduk dari belakang sebelum merangkak di atas bumbung kediaman berkenaan.“Suspek menanggalkan beberapa keping bumbung genting bagi membolehkannya menyusup masuk ke atas siling rumah mangsa yang menjadi sasaran,” katanya.Menurutnya, suspek akan meloncat turun dari siling sebelum masuk ke dalam bilik ketiga di rumah mangsa. “Berdasarkan pemeriksaan, suspek lelaki terbabit terlebih dulu menceroboh masuk ke dalam satu rumah dan hanya berada kira-kira lima minit dalam rumah berkenaan sebelum melarikan diri.“Mungkin kerana suspek gagal menemui barang berharga seperti wang dan barang kemas selain penghuninya di dalam rumah, dia memanjat keluar,” katanya.Menurutnya, suspek ‘berhijrah’ pula ke sebuah lagi rumah berhampiran yang tidak berpenghuni sebelum menceroboh masuk 15 minit.“Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek melarikan tabung berisi wang kira-kira RM100 sebelum memanjat keluar dan menceroboh masuk dua lagi rumah dengan menggunakan taktik sama.“Apa yang saya lihat, penjenayah tidak menggunakan tali untuk memanjat turun atau naik ketika melarikan diri sebaliknya menggunakan pam di bilik tandas yang dipijak untuk melompat naik ke atas semula,” katanya.Menurutnya, suspek yang menyusup melarikan diri berkenaan bagaimanapun seolah-olah menyedari kewujudan CCTV terbabit apabila didapati menutup mukanya dengan tangan ketika melarikan diri daripada kawasan berkenaan.“Bagaimanapun, rambut mangsa yang keriting selain memakai seluar pendek serta selipar berwarna jalur hitam dan putih menjadi petunjuk kepada kami untuk mengesan penjenayah licik terbabit,” katanya.Berdasarkan bukti rakaman CCTV berkenaan, polis dengan kerjasama penduduk menahan seorang lelaki warga asing berusia 40-an untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment