Saturday, December 12, 2009

Maut selepas akad nikah

Maut selepas akad nikah
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my / 12.12.09
Mohd. Faiz (kiri) begitu sedih melihat keadaan kereta yang mengorbankan Mohd. Ariff, ibu dan bapanya di Jalan Kangar-Padang Besar, Perlis semalam.

PADANG BESAR - Cinta zaman kolej yang berputik antara Mohd. Ariff Ab. Kadir dan Teh Afifah Syahirah Abdul Hamid untuk melayari bahtera perkahwinan tidak kesampaian apabila pengantin lelakinya terkorban dalam kemalangan hanya selepas tiga jam dia dinikahkan semalam. Mohd. Ariff, 23, maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan bas membawa 27 penumpang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di sini pada pukul 1 petang. Turut terkorban, ibu dan bapa Mohd. Ariff iaitu Habsah Othman, 58, dan Ab. Kadir Awang, 53, serta jurugambar pada majlis akad nikah Mohd. Ariff, Mohd. Farhan Musa, 18.
Keempat-empat mangsa itu terkorban dalam kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Ab. Kadir. Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas sekolah yang dijadikan bas persiaran itu tidak cedera.
Semasa kejadian, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Taman Melati di sini selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Masjid Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.
Jarak lokasi kemalangan dengan rumah Mohd. Ariff hanya kira-kira lima kilometer.
ORANG ramai melihat kereta yang remuk apabila bertembung dengan sebuah bas sekolah dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar yang mengorbankan empat orang selepas selesai menghadiri majlis akad nikah, hari ini.
- Gambar Rizal Braim Dec 11, 2009 6:36 pm


PILU: Teh Afifah, 23, pengantin perempuan yang baru empat jam bernikah tidak dapat menahan sebak apabila menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Abdul Kadir yang maut apabila kereta yang dinaiki suaminya bertembung dengan sebuah bas selepas pulang dari majlis akad nikah yang diadakan di rumahnya. - Foto Rizal Braim (berita lanjut)
Dec 11, 2009 6:25 pm Orang ramai melihat keadaan kereta yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah yang mengorbankan pengantin baru, Mohd. Ariff Ab. Kadir, ibu dan bapanya serta seorang jurugambar, dekat Pokok Sena, Perlis hari ini.
- Gambar FAIZAL ABU HASSAN
Al-Fatihah............

No comments:

Post a Comment